Maklumat Tambahan Jerangkung Dalam Almari

PETIKAN DARI ALBUM JERANGKUNG DALAM ALMARI: "Pada tanggal 27hb Januari 1991, kumpulan Wings telah ditimpa malapetaka kebakaran rumah. Sebelum itu pemain gitar kami telah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas satu tuduhan yang lain. Pada tahun 1990, Black telah mengundurkan diri. Tempatnya digantikan oleh Jojet. Kami menganggap peristiwa-peristiwa ini sebagai titik-titik hitam dalam karier kami. Sebagai pemuzik rock, banyak lagi perkara malang yang telah kami alami. Walau bagaimanapun kami bersyukur ke hadrat ilahi, alhamdulillah album-album Wings telah mendapat sambutan yang begitu luas dan pencapaian yang tinggi. Dengan terbitnya album jerangkung dalam almari ini, kami berdoa agar perkara yang malang ini tidak akan berlaku lagi dan cukuplah setakat yang telah kami tempuhi. Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada pemain bass kami, iaitu Eddie, semuga berbahagia, kekal, di murahkan rezeki dan selamat ke anak cucu. Terima kasih kepada Roslan Aziz (.... nasi beriani), Rahmad Pasri (BMG-Singapura), Riffin, Bai, Abang AML, Hair & Make-up: REFLECTION HAIR SALOON; Photo: YOUNKER DESIGN. Juga kepada SALEM kerana menaja kami semenjak 1990"